33.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

RAHSIA CHINA KAWAL COVID-19 DENGAN PANTAS, KONSPIRASI?

Date:

Share:

Covid-19 muncul pada penghujung tahun 2019, sekitar November-Disember 2019. Ground Zero, atau tempat bermulanya penularan wabak ini ialah di pasar basah Wuhan, wilayah Hubei, China. Penularan ini virus ini sangat pantas.

Dipercayai virus Covid-19 bermula di pasar basah dalam wilayah Wuhan, Hubei China.

Dalam masa 3 bulan awal penularan, kes jangkitan virus ini mencecah 80,000 kes dengan kematian setinggi 3,000 kes dicatatkan di China. Pusat penularan tertumpu kepada pusat bandar Wuhan, Wilayah Hubei.

World Health Organization (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan global pada Januari 2020 dan mengklasifikasikan penularan virus Covid-19 sebagai pandemic pada Mac 2020. Bermula Mac 2020, penularan ini merebak hampir seluruh dunia, termasuk Malaysia. Ketika ini, Amerika Syarikat merupakan negara paling teruk terjejas, dan negara kita juga masih bergelut dengan pandemic ini.

KEADAAN DI CHINA KETIKA INI

Adakah anda tahu bahawa Ground Zero kepada Covid-19 iaitu Wuhan, kini telah berjaya mengekang penyebaran wabak Covid-19?. Sejak bila?. Seawal bulan Mac dan April, berdasarkan data penularan kes, China telah berjaya mengekang penularan wabak tersebut, berbeza dengan negara yang lain seperti eropah yang semakin kronik.

TEORI KONSPIRASI : CHINA MENCIPTA COVID-19 SEBAGAI SENJATA BIOLOGI?

Ada yang mempercayai teori konspirasi, China yang mencipta virus ini, dan mereka sebenarnya telah bersedia untuk menghadapinya. Virus ini dicipta untuk melemahkan negara musuh mereka, iaitu Amerika Syarikat yang sering kali dilihat membuli mereka dalam pelbagai aspek.

China yang muncul sebagai negara paling pesat membangun, boleh dikatan negara no.2 paling berpengaruh di dunia ketika ini, tidak menyenangi tindak tanduk Amerika Syarikat di bawah pentadbiran D. Trump, lalu mencipta senjata biologi, iaitu virus untuk melumpuhkan ekonomi negara barat.

Perang dagang di antara US dan China memuncak pada tahun 2019.

Teori konspirasi akan terus menjadi teori, selagi mana belum dibuktikan. Tetapi mungkin kita lupa, sebenarnya PENGALAMAN yang mengajar China bagaimana untuk berhadapan dengan penularan wabak.

KENAPA CHINA EFFEKTIF DALAM MENGEKANG PENULARAN WABAK COVID-19?

Mungkin kita lupa, China sebenarnya telah diuji dengan penularan wabak yang hampir sama sebelum ini, iaitu SARS. SARS juga dalam kategori yang sama dengan Covid-19 iaitu berpunca daripada Coronavirus, merebak melalui pernafasan.

SARS merebak pada tahun 2002-2003 terutamanya di China dan Hong Kong.

SARS menjangkiti seramai 8,000 orang dan menyebabkan kematian setinggi 800 pesakit pada tahun 2002-2003. SARS bermula pada November 2002 dan berakhir pada May 2003. Pada ketika itu, China tidak bersedia untuk berdepan dengan penularan wabak di zaman moden.

Bandaraya Beijing dikuarantin kerana kes penularan terus berlaku dan kematian turut meningkat akibat SARS. Kebanyakan kes kematian di catatkan di China dan Hong Kong.

Bertitik tolak daripada peristiwa tersebut, pihak kerajaan China belajar bagaimana untuk berhadapan dengan wabak, bagaimana untuk bertindak balas, dan apa yang diperlukan sekiranya wabak seperti SARS muncul lagi.

CHINA BERSEDIA HADAPI PANDEMIK

Kegagalan China cuma satu sahaja, iaitu mengesan lebih awal kemunculan virus Covid-19 tersebut. Covid-19 muncul, merebak dengan pantas. Panik?. Kalau anda perhatikan ucapan presiden China pada awal wabak ini muncul, beliau dilihat terkejut dengan penularan wabak ini dan dalam masa sama bersedia untuk mengambil langkah seterusnya.

Wuhan ditutup. Seluruh bandaraya itu dikuarantin. Hospital dibina dengan cepat, tumbuh bagai cendawan, dibina dalam masa 24 jam sahaja. Staff kesihatan dikumpulkan dari seluruh China dan dibawa ke Wuhan.

Pihak kesihatan China juga cepat dalam mengawal penularan apabila mengambil langkah pencegahan non-farmatikal. Pertama, putuskan sebarang hubungan orang awam dengan mereka yang telah dijangkiti. Ujian jangkitan Covid-19 dilakukan secara besar-besaran, mereka yang dijangkiti diasingkan, dirawat manakala sebarang contact pesakit dengan individu lain dijejaki dengan pantas.

Pemakaian penutup hidung diwajibkan di kawasan awam, mempromosikan penjagaan kesihatan seperti membasuh tangan, menguji suhu badan, arahan berada di rumah dan pelbagai lagi dilakukan dengan aggresif di sana.

CHINA HAMPIR BEBAS DARIPA COVID-19

Boleh dikatan, China hampir bebas daripada COvid-19. Semalam dilaporkan kes baharu yang dikesan sebanyak 53 kes sahaja. Dibandingkan dengan Amerika Syarikat, semalam dilaporkan sebanyak 261,212 kes baharu dicatatkan, kedua India sebanyak 20,460 kes.

Negara kita pula, semalam merupakan angka kes tertinggi dicatatkan sebanyka 3,027 kes.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.390879946236/10157624390381237/

KESIMPULAN

China berjaya bangkit dan mengawal penularan pandemic ini. Hasilnya, di saat negara lain dibelenggu dengan ekonomi yang terbantu, berbeza dengan China di mana ekonomi mereka pesat membangun bagi tahun 2020.

https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-12-15/china-s-economic-recovery-strengthens-fueled-by-export-boom

Semoga negara kita Malaysia juga bakal turut berjaya penularan pandemic ini secepat mungkin. Stay safe guys!.


Dapatkan naskah percuma Majalah Forex Malaysia edisi ke-109 minggu ini!.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

PM Thai harap kebanjiran pelancong dari Malaysia bantu memulihkan kejatuhan matawang Baht

Baht Thailand yang lemah adalah baik untuk eksport manakala kedudukan fiskal dan kewangan kekal kukuh, kata Perdana Menteri Thai.Kelemahan Baht, bagaimanapun, memberi kesan negatif...

Jokowi tiba di Moscow bertemu Putin bagi merayu Rusia memberi laluan eksport gandum yang selamat

Presiden Indonesia Joko Widodo bersama rombongannya tiba di Moscow bagi merayu Vladmir Putin,Presiden Rusia memberi jaminan untuk laluan perdagangan eksport gandum yang selamat dalam...

JPA tubuh jawatankuasa kaji sistem kerja 4 hari seminggu

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan pasukan mengkaji sistem bekerja empat hari seminggu di negara ini.Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, berkata kajian...

Harga siling ayam RM9.40 sekilo mulai 1 Julai-Ronald Kiandee

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40...

Analisa Teknikal GbpJpy 29 Jun 2022

GbpJpy di TimeFrame Daily ( D1 ).• Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend.• Ketika ini harga masih gagal untuk break dan close...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here