32.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

RIZAB ANTARABANGSA BANK NEGARA KEKAL RM111.1 BILLION

Date:

Share:

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$111.1 bilion pada 30 Julai, 2021, kekal tidak berubah dari 15 Julai.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, menurut bank pusat dalam kenyataan.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$103.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$2.2 bilion) dan aset rizab lain (US$3.1 bilion).

Aset-aset terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM461.83 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.22 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM727.36 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM20.36 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM15.61 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM184.72 bilion), mata wang dalam edaran (RM142.46 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM141.82 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM15.65 bilion), deposit lain (RM7.95 bilion), kertas Bank Negara (RM8.50 bilion), peruntukan SDR (RM7.97 bilion) dan liabiliti lain (RM4.71 bilion). – BERNAMA

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Ekonomi AS menyusut sebanyak 1.5% dalam tiga bulan pertama 2022

Ekonomi Amerika Syarikat menyusut dalam tiga bulan pertama tahun ini walaupun pengguna dan perniagaan terus berbelanja pada kadar yang kukuh, lapor kerajaan pada Khamis,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 181 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 181.Dapatkan naskah MFM edisi ke 181 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Copytrade CARETAKER di broker TIFIA akhirnya tamat

Copytrade CARETAKER yang telah menjalankan dagangan lebih 961 hari sejak 8/8/2019 dengan jumlah pelaburan melebihi 152,172 USD dari seluruh dunia akhirnya terpaksa ditamatkan ekoran...

Analisa Teknikal EurJpy 27 May 2022

EurJpy di TimeFrame H4.**Line Hitam mewakili SnR Daily****Line biru mewakili SnR H4**• Harga ketika ini secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sila rujuk...

Analisa Teknikal UsdJpy 27 May 2022

UsdJpy di TimeFrame H4.• Harga asal nya dalam kedudukan Uptrend.• Namun begitu, harga mula membuat penurunan, berkemungkinan untuk membuat pertukaran Trend daripada uptrend kepada...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here