22.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

RUPEE MERUPAKAN SATU-SATUNYA MATAWANG ASIA UNTUK MENGUKUH DALAM BULAN YANG PENUH PENYUSUTAN

Date:

Share:

Matawang Rupee India (INR) adalah satu-satunya matawang Asia untuk mengukuh pada bulan ini hasil daripada tawaran jualan saham yang telah menarik pelabur luar, dikala berlakunya kejatuhan dalam aset berisiko di peringkat global.

Rupee mencatatkan peningkatan 1.3% pada bulan Mac, didorong oleh pembelian saham tempatan dari luar sebanyak $2.4 billion, termasuklah aliran masuk berkaitan tawaran awam permulaan (IPO). Menurut Emkay Global Financial Services Ltd, sembilan jualan saham bernilai 59 billion rupee ($813 juta) pada bulan ini akan menambah kepada salah satu aliran masuk tertinggi ke pasaran baru muncul di Asia.

Prospek pemulihan ekonomi, lebihan akaun semasa yang jarang berlaku serta rizab pertukaran asing yang menghampiri $600 billion telah meletakkan India dalam satu kedudukan yang kukuh untuk menangkis impak jualan-jualan saham disebabkan lonjakan pulangan perbendaharaan Amerika Syarikat yang telah menjejaskan aset-aset risiko global.

Menurut Madhavi Arora, ketua ekonomi di Emkay Global di Mumbai, sebahagian besar pengukuhan matawang adalah disebabkan barisan IPO yang banyak, dan kemungkinan minat pelaburan yang kuat dari luar.

Syarikat milik negara yang telah mendapatkan pinjaman dalam dolar AS lebih $1 billion pada bulan Mac, dan bank pusat yang boleh bertoleransi dengan matawang yang mengukuh, turut meningkatkan daya tarikan Rupee.

Namun, tidak semua berasa optimis. Sajal Gupta, ketua bahagian perdagangan pertukaran mata wang asing dan kadar di Edelweiss Securities Pvt., menjangkakan Rupee untuk menerima tekanan pada bulan Mei dan Jun, satu tempoh di mana Rupee mengalami kelemahan secara bermusim. Beliau menjangkakan matawang itu untuk melemah ke 74 per dolar pada akhir Jun, daripada 72.5275 pada penutupan sesi dagangan hari Khamis.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...

Mahkamah dedahkan Do Kwon bubarkan Terraform Lab Korea beberapa hari sebelum kejatuhan Terra LUNA UST

Rekod rasmi menunjukkan Do Kwon membubarkan Terraform Labs Korea, menutup ibu pejabat dan cawangan tunggalnya hanya beberapa hari sebelum kejatuhan terra crypto (LUNA) dan...

Seluruh dunia bakal berdepan dengan kebuluran & peningkatan kadar kemiskinan secara drastik – PBB

KETUA Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 180 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 180.Dapatkan naskah MFM edisi ke 180 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here