24.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

SEMAKAN TERKINI PAIR GBP/JPY

Date:

Share:

31 Julai 2019.

Pair GBP/JPY adalah pair kegemaran ramai terutama trader di Malaysia atas faktor jarak pergerakan yang jauh bagi pair ini memberi peluang mengaut keuntungan yang lebih. Walaubagaimanapun, ianya juga mengundang risiko yang lebih besar.

Pada ketika ini, paras harga semasa telah jatuh jauh melepasi paras harga terendah tahun 2018. Walaupun semasa Borris Johnson dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru sedikit mengukuhkan matawang Great Britain Pound Sterling, krisis asas iaitu BREXIT masih lagi berlegar-legar.

Pada bulan Oktober 2019, Britain akan keluar secara rasmi daripada Kesatuan Eropah, usaha yang telah dimulakan sejak tahun 2016. Persoalan timbul, apakah impak kepada nilai matawang GBP?. Persoalan ini perlu dijawab dari sudut sentimen dan teknikal.

Secara sentimen, masih ada ketakutan di kalangan pelabur matawang untuk membuat belian panjang oleh kerana situasi BREXIT yang masih samar-samar statusnya, tetapi masih ada harapan sekiranya Borris Johnson mengotakan janjinya untuk menyelesaikan secepat mungkin krisis BREXIT.

GBP/JPY ialah pair KRISIS. Mari kita semak paras harga teknikal terkini:

Penulis telah meletakkan order buy ketika ini.

Kami melihat peluang belian ada, tetapi berisiko tinggi. Faktor “buy” atas sebab harga telah berada pada paras yang terendah bagi tahun 2019, melepasi paras support terendah 2018. Dengan risiko sekitar 100 pips dan peluang profit sekitar 400 pips, sila kira risiko dagangan anda. Contoh pengiraan adalah seperti berikut:

Modal : 1000 USD
Entry volume : 0.05
Risk : 100 pips = – 50USD
Reward : 400 pips = + 200USD

Sekiranya anda berminat dengan peluang dagangan ini, pastikan anda bersedia dengan risiko yang ada.

Ditulis oleh: Ahmad Faizuddin bin Razali

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Analisa Teknikal GbpAud 16 May 2022

GbpAud di TimeFrame H4.• Secara keseluruhannya harga masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Lihat di TimeFrame Daily ( D1 ).• Namun untuk di TimeFrame H4...

Analisa Teknikal EurAud 16 May 2022

EurAud di TimeFrame H4.• Ketika ini harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Sila rujuk di TimeFrame Daily ( D1 ).• Manakala untuk...

Analisa Teknikal GbpJpy 16 May 2022

GbpJpy di TimeFrame Daily ( D1 )• Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Uptrend.• Harga asal nya dalam kedudukan Sideways di mana harga...

UN beri amaran,bekalan gandum & jagung akan kehabisan menjelang 2023

Lebih daripada tiga bulan peperangan Rusia-Ukraine,sekatan eksport yang menghalang produk makanan Ukraine daripada diedarkan ke seluruh dunia, PBB memberi amaran bahawa dunia mungkin berada...

Hutang kerajaan Malaysia meningkat kepada 1 Trillion suku pertama tahun 2022

Kiraan Awal menunjukkan hutang Kerajaan Malaysia meningkat kepada RM1 trillion pada suku pertama 2022, naik 2.7% berbanding RM980 bilion pada tahun 2021Hasil Kerajaan juga...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here