22.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

SENDIKET PENIPUAN PELABURAN FOREX CGC ASIA TUMPAS

Date:

Share:

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) berjaya menumpaskan kes penipuan Pelaburan Forex GCGAsia melalui serbuan di beberapa negeri Sabtu lalu dan menahan seorang individu yang dikatakan dalang utama sindiket berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, operasi di sekitar Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor itu turut menahan sembilan individu lain warga tempatan berumur lingkungan 29 hingga 64 tahun.

Menurut beliau, kesemua suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita disyaki berperanan sebagai broker, ejen pencari pelabur, pengurus kewangan dan pemilik akaun.

“Sindiket ini menyasarkan majoriti warga tempatan sebagai mangsa dengan mempromosikan pelaburan berasaskan Forex kadar pulangan secara mingguan di antara 12 hingga 14 peratus dari jumlah modal yang dilaburkan,” katanya.

“Pelabur akan diberi pautan laman web pelaburan bersama dengan kata laluan, mereka akan dapat melihat jumlah keuntungan yang diterima setelah mendaftar masuk ke laman web tersebut tetapi keuntungan tersebut tidak dapat dipindahkan atau ditunaikan,” katanya dalam sidang akhbar di Aras 36, Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini pada Rabu.

Tambah beliau, sindiket pelaburan itu akan memutuskan perhubungan komunikasi dengan pelabur setelah mendapat jumlah pelaburan yang besar dan memberhentikan operasi skim pelaburan secara tiba-tiba.

Beliau turut mendedahkan sebanyak 3,195 kes penipuan Pelaburan Forex GCG Asia melibatkan kerugian berjumlah RM245,055,388.81 dilaporkan tahun lalu sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

“Turut dirampas kenderaan mewah, jam tangan mewah, jongkong emas, wang tunai, dokumen dan beberapa barangan lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti yang dijalankan,

“Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM122 juta,” katanya dalam sidang media pada hari ini.

Menurut Mohd Kamarudin, sindiket ini dipercayai beroperasi sekitar tahun 2018 serta menyasarkan rakyat Malaysia sebagai mangsa penipuan.

Mohd Kamarudin Md Din memberitahu, JSJK turut menyiasat sebanyak 1,671 kes penipuan pelaburan melibatkan kerugian berjumlah RM183,754,676.46 pada tahun 2020 dan seramai 906 individu ditahan.

“Tahun lalu pula polis menahan 1,833 individu atas kesalahan itu,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati sindiket berkenaan mula beroperasi sekitar tahun 2018.

Tambah beliau, pelabur dimaklumkan bahawa wang pelaburan mereka akan dilaburkan oleh syarikat GCG Asia ke dalam pelbagai medium untuk menjana keuntungan yang besar.

“Sehingga kini, sejumlah 23 kes sedang disiasat berkait penipuan pelaburan Forex GCG Asia melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM2,941,412.94,” katanya. – SINAR

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...

Mahkamah dedahkan Do Kwon bubarkan Terraform Lab Korea beberapa hari sebelum kejatuhan Terra LUNA UST

Rekod rasmi menunjukkan Do Kwon membubarkan Terraform Labs Korea, menutup ibu pejabat dan cawangan tunggalnya hanya beberapa hari sebelum kejatuhan terra crypto (LUNA) dan...

Seluruh dunia bakal berdepan dengan kebuluran & peningkatan kadar kemiskinan secara drastik – PBB

KETUA Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 180 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 180.Dapatkan naskah MFM edisi ke 180 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here