24.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

Sri Lanka kehabisan petrol

Date:

Share:

Perdana Menteri baharu Sri Lanka mengisytiharkan negara yang dilanda krisis itu sudah kehabisan stok petrol.

Ranil Wickremesinghe yang dilantik sebagai perdana menteri pada Khamis dalam satu ucapan kepada negara itu berkata, Sri Lanka memerlukan segera AS$75 juta (RM3.29 bilion) dalam pertukaran asing untuk membayar import penting.

“Buat masa ini, kami hanya mempunyai stok petrol untuk sehari. Beberapa bulan akan datang akan menjadi yang paling sukar dalam hidup kami.

“Kita mesti mempersiapkan diri untuk melakukan beberapa pengorbanan dan menghadapi cabaran dalam tempoh ini.

“Kerajaan memerlukan AS$75 juta (RM329.23 juta) dalam pertukaran asing untuk membayar hutang termasuk untuk penghantaran minyak,” kata Ranil Wickremesinghe ciapan di Twitter.

Orang ramai turun ke jalan pada penghujung Mac, memprotes pemadaman elektrik harian selama berjam-jam dan kekurangan makanan, bahan api dan barangan penting lain selepas kekurangan pertukaran asing membawa kepada krisis ekonomi paling teruk pernah berlaku di negara itu.

Pada 9 Mei, pertempuran meletus antara penyokong kerajaan dan penunjuk perasaan berkumpul di sekitar Pejabat Perdana Menteri, dan unit tentera dipanggil ke ibu negara Colombo.

Di tengah-tengah tekanan yang semakin meningkat daripada pembangkang, Mahinda Rajapaksa meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Kerajaan mengisytiharkan perintah berkurung di seluruh negara dan mengarahkan tentera melepaskan tembakan ke atas sesiapa yang merompak harta awam atau menyebabkan bahaya kepada nyawa.

Dalam protes di seluruh negara, lapan orang, termasuk timbalan parti pemerintah dan dua pegawai polis, kehilangan nyawa dan hampir 250 orang cedera. – BERNAMA

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Harga siling ayam RM9.40 sekilo mulai 1 Julai-Ronald Kiandee

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40...

Analisa Teknikal GbpJpy 29 Jun 2022

GbpJpy di TimeFrame Daily ( D1 ).• Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend.• Ketika ini harga masih gagal untuk break dan close...

Analisa Teknikal EurJpy 29 Jun 2022

EurJpy di TimeFrame Daily ( D1 ).• Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend.• Ketika ini harga masih gagal untuk break dan close...

Analisa Teknikal UsdCad 29 Jun 2022

UsdCad di TimeFrame Daily ( D1 ).• Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan sideways di mana harga masih gagal untuk break dan close...

Dolar melantun, saham jatuh ekoran kebimbangan inflasi meningkat

Dolar AS melantun semula berbanding kebanyakan pesaingnya apabila kebimbangan inflasi meningkat. Tolok pilihan nilai Greenback berbanding sekumpulan 6 mata wang utama, Indeks Dolar (USD/DXY)...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here