29.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

Terdapat Beberapa Ciri-Ciri Emas Asli Yang Boleh Kita Bezakan Dengan Emas Yang Palsu

Date:

Share:

Berdagang Di CXM Direct

Mempunyai Tanda Khas Di Atas Permukaan Emas

Ciri-ciri untuk emas asli, anda boleh tengok dengan melihat pada permukaan emas itu sahaja. Terutama kalau itu emas bantangan.

Biasanya, emas batangan yang asli, ada tanda atau cap di permukaannya yang menunjukkan keaslian emas tersebut. Misalnya, apabila keaslian emas itu adalah 24 Karat, maka tanda di permukaannya tertulis 24K.

Ini sangat mudah untuk anda jumpa pada Emas Batangan. Apabila Anda tidak melihat tanda tersebut di emas yang nak dibeli, sebelum membeli emas, anda perlu Tanya pada penjual tersebut tentang keaslian emas tersebut.

Harga emas memang terbilang mahal karena emas adalah logam yang mewah. Emas dibuat dengan susah payah hingga bentuknya menjadi mudah disimpan dan juga memiliki warna yang menarik.

Untuk mengetahui emas asli atau palsu,boleh dilihat dari segi warnanya. Anda boleh gunakan jari untuk menggosok permukaan emas itu untuk mengetahui keaslian emas tersebut.

Apabila warna emas tersebut pudar dan tidak seragam, ia boleh dikatakan emas yang dibeli itu adalah emas yang palsu. Hal itu karena orang yang memalsukannya emas tersebut mewarnakan emas yang hampir sama dengan emas asli, sehingga emas palsu mudah mengalami perubahan warna.

Emas yang asli tidak perlu ditambah dengan warna apapun. Ini adalah ciri-ciri emas asli yang perlu diingat.

Ciri-Ciri Emas

Emas palsu harganya akan berbeza jauh dengan yang asli, bahkan tidak berharga.

Cara membedakan emas asli dan palsu adalah dari kepadatannya. Semakin murni emas, biasanya akan semakin tinggi harganya. sifat aslinya yang mudah dibentuk. Seperti yang anda Lihat emas perhiasan biasanya mempunyai bentuk yang sangat unik. 

Jika Anda menggigit emas tersebut, ia akan meninggalkan kesan atau bekas gigitan yang tertinggal di permukaannya, kemungkinan besar emas tersebut adalah emas yang asli.

Tidak Melekat Pada Magnet

Ciri-ciri emas lainnya adalah emas bukan logam magnetik. Ketika Anda mendekatkannya pada magnet, emas tidak akan melekat.Cara ini mungkin cukup mudah dilakukan, tapi bukan menjadi cara satu-satunya untuk menentukan emas yang asli. Alasannya karena emas palsu pun tidak akan melekaat pada magnet bergantung pada bahan pembuatannya. 

Emas Tidak Berbekas Pada Kertas

Ciri-ciri emas lainnya adalah apabila Anda menggoreskan emas pada keramik atau kertas, warna dari emas itu tidak akan berbekas pada keramik atau kertasnya. 

Warna emas asli pun tidak mudah berubah hanya karena digoreskan pada medium lainnya.

harus hati-hati juga untuk melakukannya supaya permukaan emas tidak rosak.

Tidak Bereaksi Terhadap Asam

Ciri emas berikutnya adalah apabila cairan asam bernama Nitric Acid di dititiskan di permukaan emas , namun tidak ada apa-apa perubahan terhadap emas tersebut. Boleh dikatakan emas tidak akan memiliki sebarang reaksi dengan asam. Bentuknya akan tetap sama dan warnanya juga akan tetap sama.

Lain halnya apabila emas tersebut warnanya berubah . boleh jadi juga emas itu ternyata adalah logam yang sengaja dibuat menyerupai emas. Anda perlu berwaspada terhadap emas palsu ini. Jika menggunakan asam untuk mengetahui keaslian emas ini, anda perlu berhati-hati kerana cairan asam ini boleh dikategorikan sebagai bahan yang berbahaya.

Hanya Dijual Di Agen Terpercaya

Anda hanya perlu membeli emas ini di tempat yang betul dan boleh dipercayai sahaja.

Dinasihatkan anda membeli emas di agen-agen yang boleh di percayai yang sudah bertahun-tahun menjadi tempat jual-beli emas. Emas adalah benda yang sangat disukai oleh penduduk Malaysia tidak kira wanita ataupun lelaki. Mereka menjadikan emas ini sebagai asset penting dan benda yang paling berharga.  Untuk kita yang mencari agen-agen yang menjual emas asli ini tidak lah susah kerana sekarang ini terdapat banyak jenis kedai emas yang dibuka dan boleh dipercayai.

Apabila Anda membeli emas dari orang secara peribadi, pastikan anda  melakukan pemeriksaan terlebih dahulu supaya anda tidak tertipu. Tetapi digalakkan, anda untuk membeli emas di tempat yang telah didaftarkan dan dipercayai, ini akan lebih selamat daripada anda tertipu.

Ciri-ciri Emas Mentah Berdasarkan Jenisnya

Tahukah Anda bahwa ciri-ciri emas mentah sangat bergantung pada bagaimana proses pembentukan emas tersebut. terdapat dua jenis emas mentah, di antaranya adalah bijih primer dan sekunder. Bagaimana ciri-ciri dari kedua jenis tersebut? Berikut penjelasannya.

Bijih Emas Primer

Emas mentah primer secara umum dijumpai dengan ciri-ciri tingkat kekerasan yang sangat tinggi dengan mineral dengan penampakan yang menyerupai kaca. Tetapi, tidak jarang ditemui bijih primer yang memiliki warna putih susu. Bijih emas primer umumnya juga mengandungi mineral besi atau oksida dengan warnanya coklat.

Tidak hanya itu, bijih primer tersebut biasanya juga disertai dengan mineral-mineral logam lainnya seperti pirit dan chalcopyrite. emas mentah primer biasanya memiliki penampakan seperti butiran emas dengan warna yang khas. Namun, ciri-ciri yang langsung yang boleh dilihat tidak selalu terjadi. Alasannya terdapat pada ukuran dan kuantiti dari logam yang asli tersebut.

Bijih Emas Sekunder

Endapan emas mentah sekunder umumnya memiliki keberadaan yang tidak diduga dan ia juga memiliki jenis endapan yang menyerupai lapisan tanah yang biasa. Oleh sebab itu, endapan emas ini sering dianggap sebagai tanah biasa dan tidak memiliki kandungan emas.

wujudnya emas mentah sekunder ini sesuai kerana terbentuknya iaitu melalui pelapukan dan endapan sedimen. Bijih emas sekunder biasanya ditemukan pada lekukan- lekukan atau delta-delta di sepanjang sungai.  Pada tanah pula, ia adalah batuan dan pada dasarnya ia merupakan batuan intrusi yang kaya dengan mineral logam.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Ekonomi AS menyusut sebanyak 1.5% dalam tiga bulan pertama 2022

Ekonomi Amerika Syarikat menyusut dalam tiga bulan pertama tahun ini walaupun pengguna dan perniagaan terus berbelanja pada kadar yang kukuh, lapor kerajaan pada Khamis,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 181 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 181.Dapatkan naskah MFM edisi ke 181 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Copytrade CARETAKER di broker TIFIA akhirnya tamat

Copytrade CARETAKER yang telah menjalankan dagangan lebih 961 hari sejak 8/8/2019 dengan jumlah pelaburan melebihi 152,172 USD dari seluruh dunia akhirnya terpaksa ditamatkan ekoran...

Analisa Teknikal EurJpy 27 May 2022

EurJpy di TimeFrame H4.**Line Hitam mewakili SnR Daily****Line biru mewakili SnR H4**• Harga ketika ini secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sila rujuk...

Analisa Teknikal UsdJpy 27 May 2022

UsdJpy di TimeFrame H4.• Harga asal nya dalam kedudukan Uptrend.• Namun begitu, harga mula membuat penurunan, berkemungkinan untuk membuat pertukaran Trend daripada uptrend kepada...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here