32.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

Tiada penangguhan bagi perlaksanaan gaji minimum RM1500 kepada mana-mana majikan

Date:

Share:

Penguatkuasaan gaji minimum RM1,500 kepada majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun depan.

Menteri Sumber Manusia M Saravanan, berkata penangguhan kuat kuasa gaji minimum kepada majikan berkenaan bertujuan memberi peluang kepada pihak berkenaan untuk membuat persediaan sewajarnya.

Sehubungan itu beliau berkata, bagi tempoh 1 Mei hingga 31 Disember ini, kadar gaji minimum yang terpakai ialah seperti Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020 iaitu RM1,200 sebulan bagi tempat pekerjaan di kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran serta dan RM1,100 sebulan bagi kawasan lain.

“Kerajaan turut memutuskan tiada penundaan diberikan kepada mana-mana sektor ekonomi atau jenis pekerjaan memandangkan kerajaan sudah memberi bantuan kepada majikan melalui pakej bantuan Covid-19 seperti Program Subsidi Upah yang berupaya mengekalkan perniagaan dan pekerjaan.

“Ini juga bagi memastikan pekerja mendapat manfaat daripada peningkatan gaji minimum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Saravanan berkata bagi majikan yang mempunyai pekerja lebih daripada lima orang kadar gaji minimumnya kekal berkuat kuasa bermula 1 Mei ini.

“Penguatkuasaan itu juga kekal kepada majikan yang menjalankan sesuatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Classification of Occupations, MASCO) 2020,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau juga memaklumkan pihaknya turut memperincikan dalam PGM 2020 mengenai kadar gaji minimum harian dan jam serta kadar gaji bagi pekerja yang tiada gaji pokok tetapi dibayar melalui tugasan dan produktiviti seperti komisen, upah ikut kerja.

“Pelaksanaan gaji minimum ini tidak terpakai kepada pekhidmat domestik sebagaimana PGM terdahulu. Penguatkuasaan gaji minimum akan dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Sehubungan itu, semua majikan diminta mematuhi pelaksanaan gaji minimum baharu ini,” katanya.

Kerajaan menjangkakan peningkatan gaji minimum ini akan memberi impak positif kepada negara, majikan dan pekerja yang akan membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi negara akibat pandemik Covid-19.

“Peningkatan gaji minimum juga akan membantu mencapai hasrat Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

“Selain itu, kadar gaji minimum yang diputuskan ini adalah wajar bagi memastikan kebajikan pekerja terutama yang berpendapatan rendah terpelihara. Malah, pihak majikan juga akan mendapat manfaat daripada peningkatan kuasa beli pengguna,” katanya.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Ekonomi AS menyusut sebanyak 1.5% dalam tiga bulan pertama 2022

Ekonomi Amerika Syarikat menyusut dalam tiga bulan pertama tahun ini walaupun pengguna dan perniagaan terus berbelanja pada kadar yang kukuh, lapor kerajaan pada Khamis,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 181 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 181.Dapatkan naskah MFM edisi ke 181 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Copytrade CARETAKER di broker TIFIA akhirnya tamat

Copytrade CARETAKER yang telah menjalankan dagangan lebih 961 hari sejak 8/8/2019 dengan jumlah pelaburan melebihi 152,172 USD dari seluruh dunia akhirnya terpaksa ditamatkan ekoran...

Analisa Teknikal EurJpy 27 May 2022

EurJpy di TimeFrame H4.**Line Hitam mewakili SnR Daily****Line biru mewakili SnR H4**• Harga ketika ini secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sila rujuk...

Analisa Teknikal UsdJpy 27 May 2022

UsdJpy di TimeFrame H4.• Harga asal nya dalam kedudukan Uptrend.• Namun begitu, harga mula membuat penurunan, berkemungkinan untuk membuat pertukaran Trend daripada uptrend kepada...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here