25.9 C
Kuala Lumpur
spot_img

US DOLLAR MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI PADA HARI INI

Date:

Share:

22 Sept. 2020 – Matawang US Dollar meningkat berbanding matawang utama yang lain pada hari ini. Sentimen berkaitan Covid-19 serta Kongress U.S yang akan menyuntik lebih dana ke dalam ekonomi bagi tujuan ransangan tidak menyebabkan nilai US Dollar jatuh pada awal minggu ini.

Indeks Dollar US mencatatkan peningkatan sebanyak 0.04% berbanding sekumpulan matawang utama yang lain pada hari ini. Jika kita bandingkan dengan matawang eropah seperti Euro dan Great Britain Pound Sterling, situasi terkini di zon eropah di mana terdapat laporan peningkatan kembali kes pandemik Covid-19 memberi kesan keyakinan pelabur dan pedagang terhadap matawang eropah.

EUR/USD melonjak naik sejak 4 bulan yang lalu, kini muncul tanda-tanda pembetulan harga di mana harga menurun. Harga  tertinggi dicatatkan pada paras 1.20200, kini kembali turun ke paras 1.17400. Begitu juga dengan pair GBP/USD harga tertinggi adalah pada 1.3400 kini turun ke paras 1.2800.

Corak penurunan juga dilaporkan berlaku pada pair yang melibatkan blok Oceania iaitu Australia dan New Zealand di mana pair AUD/USD dan NZD/USD juga turut dilaporkan turun beberapa ratus pips.

Pair GBP/USD : Corak jatuhan harga terbentuk.
Pair EUR/USD : Harga mula menunjukkan sedikit jatuhan.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

NATO isytihar China sebagai ancaman keselamatan kepada penduduk dunia

NATO telah menyenaraikan China sebagai salah satu keutamaan strategiknya buat kali pertama, dengan mengatakan cita-cita Beijing dan "dasar paksaan" mencabar "kepentingan, keselamatan dan nilai"...

Pengguna diingatkan bersedia harga minyak masak dijangka terus naik berkali ganda sehingga 40 peratus

Mulai hari ini harga minyak berbotol sudah naik berganda-ganda bahkan pasaran tempatan menjangkakan sepanjang Julai ini harga minyak masak akan naik lagi sehingga 40...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 186 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 186.Dapatkan naskah MFM edisi ke 186 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Harga ayam kembali turun di beberapa tempat

Bermulanya tarikh penguatkuasaan harga siling ayam kepada RM9.40 sekilo berbanding harga siling lama RM8.90 sekilo hari ini,1 Julai 2022,peniaga di beberapa negeri dan daerah...

PM Thai harap kebanjiran pelancong dari Malaysia bantu memulihkan kejatuhan matawang Baht

Baht Thailand yang lemah adalah baik untuk eksport manakala kedudukan fiskal dan kewangan kekal kukuh, kata Perdana Menteri Thai.Kelemahan Baht, bagaimanapun, memberi kesan negatif...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here