27.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

YAHOO TARIK DIRI DARI CHINA

Date:

Share:

PENYEDIA perkhidmatan enjin carian Internet Amerika Syarikat (AS), Yahoo kini mengikuti langkah Google menarik diri daripada pasaran China berikutan ‘persekitaran perniagaan dan perundangan yang semakin mencabar,”

Yahoo dalam kenyataannya menjelaskan, perkhidmatan ditawarkan syarikat tidak lagi dapat diakses di tanah besar China mulai 1 November, lapor Agensi Anadolu.

Langkah berkenaan diambil apabila Epic Games menghentikan permainan Fortnite menjelang 15 November ini.

Di China, permainan secara dalam talian itu dikenali sebagai Fortress Night dan dikendalikan oleh Tencent Games, pelabur utama Epic.

Pada bulan Ogos, China telah menetapkan kanak-kanaknya berusia di bawah 18 tahun hanya boleh bermain selama tiga jam seminggu iaitu pada hari Jumaat, sabtu dan Ahad.

Pada bulan lalu, Linkedln yang dimiliki Microsoft menyatakan pihaknya juga akan menghentikan operasinya kerana dikenakan syarat-syarat pematuhan lebih ketat.

Google telah menarik perkhidmatannya daripada beroperasi di China pada tahun 2010 manakala Facebook dan juga Twitter terus disekat operasi di negara tembok besar itu sejak lebih sedekad lalu.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

NATO isytihar China sebagai ancaman keselamatan kepada penduduk dunia

NATO telah menyenaraikan China sebagai salah satu keutamaan strategiknya buat kali pertama, dengan mengatakan cita-cita Beijing dan "dasar paksaan" mencabar "kepentingan, keselamatan dan nilai"...

Pengguna diingatkan bersedia harga minyak masak dijangka terus naik berkali ganda sehingga 40 peratus

Mulai hari ini harga minyak berbotol sudah naik berganda-ganda bahkan pasaran tempatan menjangkakan sepanjang Julai ini harga minyak masak akan naik lagi sehingga 40...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 186 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 186.Dapatkan naskah MFM edisi ke 186 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Harga ayam kembali turun di beberapa tempat

Bermulanya tarikh penguatkuasaan harga siling ayam kepada RM9.40 sekilo berbanding harga siling lama RM8.90 sekilo hari ini,1 Julai 2022,peniaga di beberapa negeri dan daerah...

PM Thai harap kebanjiran pelancong dari Malaysia bantu memulihkan kejatuhan matawang Baht

Baht Thailand yang lemah adalah baik untuk eksport manakala kedudukan fiskal dan kewangan kekal kukuh, kata Perdana Menteri Thai.Kelemahan Baht, bagaimanapun, memberi kesan negatif...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here