22.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

Benarkan Kedah eksport ketum ke Thailand – MB

Date:

Share:

Kerajaan persekutuan dicadang agar membenarkan eksport daun ketum bagi memenuhi permintaan tinggi untuk tujuan perubatan oleh syarikat farmasi di luar negara.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata langkah itu bukan sahaja membantu pengusaha tanaman ketum di negara ini, malah kerajaan juga mendapat hasil menerusi cukai eksport daun itu.

Beliau berkata daun ketum khususnya yang ditanam di Kedah, mendapat permintaan tinggi terutama di negara jiran, Thailand kerana dikatakan gred paling baik untuk tujuan perubatan dan dijadikan pil atau minuman kesihatan.

“Kalau sudah ada teknologi yang baik untuk kesihatan yang diusahakan di negara jiran dan permintaan untuk daun itu tinggi kerana gred daun ketum (yang ditanam) di Thailand lebih rendah, saya rasa kerajaan perlu mengambil manfaat ini untuk menjadi pengeksport,” katanya dalam sidang media hari ini.

Katanya jika perkara itu dapat dilaksanakan, kerajaan negeri bersedia melantik mana-mana anak syarikatnya untuk membeli dan mengumpul daun ketum serta bertindak sebagai pengeksport tunggal secara sah di Kedah.

Selain itu, Sanusi mendakwa langkah membenarkan eksport daun ketum juga akan membantu mengurangkan aktiviti penguatkuasaan dan tangkapan penyeludupan daun ketum di sempadan negara.

“Kita menghabiskan banyak sumber untuk menguatkuasakan larangan eksport daun ketum kerana kita letakkan ketum ini di bawah Akta Racun 1952 dan ada sekatan eksport, maka agensi kita terpaksa bertungkus-lumus mengekang kegiatan penyeludupan ini.

“Yang saya hairan tanam boleh sebab tak salah, tapi petik dan proses tak boleh. Minum tentulah tak boleh, tak bagus minum macam tu, ia kena melalui kaedah saintifik untuk jadi ubat. Jadi saya harap perkara ini  diberi perhatian, rugi tanah kita, tanaman kita banyak tapi jadi salah, lebih baik kita benarkan (untuk eksport),” katanya.

Beliau turut mencadangkan agensi berkaitan memikirkan langkah untuk merealisasikan cadangan itu termasuk meminda akta tertentu di Parlimen sekiranya diperlukan.

Harga ketum telah mencecah RM 150 sekilo. Untuk maklumat lanjut lihat video di atas.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...

Mahkamah dedahkan Do Kwon bubarkan Terraform Lab Korea beberapa hari sebelum kejatuhan Terra LUNA UST

Rekod rasmi menunjukkan Do Kwon membubarkan Terraform Labs Korea, menutup ibu pejabat dan cawangan tunggalnya hanya beberapa hari sebelum kejatuhan terra crypto (LUNA) dan...

Seluruh dunia bakal berdepan dengan kebuluran & peningkatan kadar kemiskinan secara drastik – PBB

KETUA Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 180 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 180.Dapatkan naskah MFM edisi ke 180 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here