24.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

CIMB BANK KINI BERMASALAH?

Date:

Share:

Seorang individu melalui profil @pundetaguna kini gusar apabila berhadapan situasi kewangan menyusahkan yang datang dari Bank CIMB Malaysia.

Menurut perkongsian beliau dari rajutan Twitter, pada mulanya beliau menerima mesej dari CIMB yang mengatakan akaun bank beliau akan ditolak dengan sejumlah wang besar bernilai RM28,500.90.

 

 

Kemudiannya apabila akaun CIMB Clicks dibuka, beliau lebih terkejut kerana terdapat baki negatif sebanyak RM28,490.23 masuk secara tiba-tiba ke dalam akaun Available Balance.

Untuk makluman, untuk kes ini, jika jumlah duit itu berada dalam kurungan untuk Available Balance, ini bermakna beliau berhutang sebanyak RM28,490.23 kepada CIMB.

Beliau kemudiannya telah melaporkan isu ini kepada CIMB dan menurut penjelasan bank berkenaan, transaksi wang berpuluh ribu itu adalah sahih dan beliau perlu membayar semula wang itu, bukannya sekadar glitch atau pepijat.

Melalui penjelasan CIMB, hal ini terjadi akibat duplikasi wang yang dikreditkan ke dalam akaun @pundetaguna, justeru bank akan mendebit semula duit untuk dibayar kepada bank CIMB.

Beliau turut bertanya dari mana datangnya wang berpuluh ribu itu, namun jawapan CIMB semakin menyerabutkan kepala kerana wang itu tidak wujud dalam sejarah transaksi di mana-mana bahagian dalam akaun CIMB beliau.

Secara ringkasnya, wang itu muncul secara tiba-tiba dalam bahagian Available Balance dan beliau terpaksa membayar semula kepada CIMB.

Apa yang agak menarik adalah pihak CIMB turut membincangkan mengenai kaedah pembayaran termasuk juga boleh membayar secara ansuran jika tidak cukup duit untuk membayarnya.

Beliau turut menambah beliau tidak mempunyai transaksi akaun dari kriptowang atau apa-apa akaun lain yang memungkinkan akaun bank beliau untuk mempunyai jumlah sebanyak itu.

Setakat ini isu ini masih lagi belum menemui penyelesaian dan kami di Wiser sendiri pun masih tertanya-apa yang sebenarnya terjadi di sebalik insiden ini.

Mungkin pembaca boleh semak akaun CIMB masing-masing, adakah ada terjadi seperti perkara ini?

CIMB Kata Ralat Pemprosesan Punca Akaun Bank Menjadi Negatif

Sementara itu, pihak CIMB telah tampil memberikan kenyataan berhubung kejadian tersebut. Dikatakan ia berpunca dari ralat pemprosesan yang menyebabkan sejumlah pelanggan menerima kredit duplikasi dalam akaun bank mereka.

Melalui New Straits Times, dilaporkan sebanyak 11,000 pengguna CIMB telah mengalami pembekuan akaun sejak dari Isnin dan menerima mesej bahawa mereka perlu membayar ribuan ringgit.

Buat masa ini, CIMB kini sedang menghubungi pelanggan yang terkesan agar mendapat penyelesaian yang sepatutnya.

Jika anda mengalami isu ini, boleh hubungi nombor bank CIMB di talian 03-22956188 untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Analisa Teknikal GbpAud 16 May 2022

GbpAud di TimeFrame H4.• Secara keseluruhannya harga masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Lihat di TimeFrame Daily ( D1 ).• Namun untuk di TimeFrame H4...

Analisa Teknikal EurAud 16 May 2022

EurAud di TimeFrame H4.• Ketika ini harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Sila rujuk di TimeFrame Daily ( D1 ).• Manakala untuk...

Analisa Teknikal GbpJpy 16 May 2022

GbpJpy di TimeFrame Daily ( D1 )• Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Uptrend.• Harga asal nya dalam kedudukan Sideways di mana harga...

UN beri amaran,bekalan gandum & jagung akan kehabisan menjelang 2023

Lebih daripada tiga bulan peperangan Rusia-Ukraine,sekatan eksport yang menghalang produk makanan Ukraine daripada diedarkan ke seluruh dunia, PBB memberi amaran bahawa dunia mungkin berada...

Hutang kerajaan Malaysia meningkat kepada 1 Trillion suku pertama tahun 2022

Kiraan Awal menunjukkan hutang Kerajaan Malaysia meningkat kepada RM1 trillion pada suku pertama 2022, naik 2.7% berbanding RM980 bilion pada tahun 2021Hasil Kerajaan juga...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here