26.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

Megat Zaharuddin letak jawatan dalam lembaga pengarah Sapura Energy

Date:

Share:

Sapura Energy Bhd mengumumkan bahawa Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor telah meletak jawatan sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif syarikat itu berkuat kuasa esok.

Sapura Energy dalam makluman kepada Bursa Malaysia memberitahu, tokoh korporat berusia 73 tahun itu meletak jawatan untuk mengejar kepentingan lain.

Penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu menambah, beliau juga akan berhenti menjadi pengerusi jawatankuasa pencalonan serta imbuhannya pada 7 Mei.

Baru-baru ini, Sapura Energy telah melantik Datuk Mohammad Azlan Abdullah sebagai pengerusi baharu, berkuat kuasa 7 Mei 2022 bagi menggantikan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, yang akan bersara pada tarikh yang sama, apabila mencapai usia 70 tahun.

Permodalan Nasional Bhd (PNB), pemegang saham terbesarnya dengan 12.16 peratus kepentingan ekuiti berkata ia menantikan kepimpinan Mohammad Azlan dalam mengemudi Sapura Energy melalui proses penstrukturan semula dan pemulihan syarikat.

Sapura Energy melaporkan kerugian bersih sebanyak RM8.90 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2022 berbanding kerugian bersih berjumlah RM160.87 juta pada tahun sebelumnya.

Pada tahun kewangan 2022, firma berkenaan telah membuat peruntukan untuk rosot nilai muhibah atas penyatuan sebanyak RM3.29 bilion serta peruntukan rosot nilai ke atas hartanah, loji dan peralatan berjumlah RM2.32 bilion.

-BERNAMA

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

PM Belanda,Mark Rutte seru warga barat terima hakikat akan jatuh miskin akibat hyperinflasi

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte pada hari Rabu berkata terdapat "had untuk apa yang kerajaan boleh lakukan" untuk membantu orang ramai di tengah-tengah keadaan...

Bekalan ayam di Singapura mula terjejas selepas keputusan larangan eksport ayam dikuatkuasakan di Malaysia

Menurut agensi berita Singapura,MEDIACORP sesetengah gerai dan premis perniagaan beraskan ayam mungkin 'tutup kedai buat sementara waktu' ekoran larangan eksport ayam oleh Malaysia.Harga ayam...

Genting Malaysia rugi RM126.53 juta suku pertama tahun ini

Kerugian bersih Genting Malaysia Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berkurangan kepada RM126.53 juta berbanding RM483.59 juta setahun lalu.Pendapatan diraih melonjak hampir...

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here