26.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

MULAKAN DAGANGAN DENGAN MODAL SERENDAH RM10!. TUNGGU!. REALITI ATAU GIMIK PEMASARAN?.

Date:

Share:

Dunia pelaburan dan dagangan kewangan kini semakin terbuka luas. Jika dulu hanya kelompok tertentu sahaja yang berpeluang untuk sertai bidang kewangan yang sangat besar ini, kini tidak lagi. Seiring dengan kemajuan teknologi, semua orang berpeluang untuk sertai bidang dagangan kewangan ini.

Terdapat pelbagai bentuk dagangan yang disediakan. Forex, index, saham, minyak, emas, bijiran, cryptocurrency dan pelbagai lagi boleh diteroka oleh semua orang tanpa batas.

PERSOALAN: BERAPA MODAL MINIMA YANG DIPERLUKAN?.

Soalan ini akan sering diajukan oleh mereka yang masih baru dalam bidang ini. Ada yang berpendapat, kita memerlukan sejumlah modal yang besar untuk sertai bidang ini. Ada yang terpengaruh dengan pelabagai taktik pemasaran dan menganggap cukup sekadar RM10 anda sudah boleh mulakan dagangan dan berjaya.

Soalan ini adalah subjektif. Kerana ianya bergantung kepada platform dan jenis dagangan yang anda pilih. Panjang untuk dihuraikan satu persatu.

Tetapi perkara yang paling asas ialah, jika anda sertai bidang dagangan kewangan ini, pastinya anda serius dan ingin Berjaya bukan. Untuk serius dan Berjaya, berapa modal yang anda perlu laburkan untuk permulaan?.

FORMULA UNTUK JADI TRADER PROFESIONAL

Untuk anda mulakan dagangan, Tanya diri anda berapa % keuntungan yang anda ingin kecapi?. 1%? 5%? 10%? 100%? 1000%?.

Profesional trader sangat memahami risiko dalam dagangan. Ya. Tidak mustahil untuk mencipta keuntungan yang besar sekelip mata. Tetapi ianya akan datang dengan risiko dagangan yang juga besar!.

Sasaran yang realistik dan selamat untuk anda sasarkan adalah hanya sekitar 2-5% keuntungan daripada modal permulaan. Jika anda mensasarkan lebih daripada itu, anda meletakkan modal anda dalam risiko.

Modal permulaan RM10. Keuntungan 3% bersamaan dengan 30 sen sahaja. Jika anda gembira dengan keuntungan secara konsisten 30 sen sebulan, maka tahniah kerana anda tidak merisikokan wang modal anda dan Berjaya hasilkan keuntungan walaupun sangat kecil.

TUNGGU!. Manusia adalah manusia, mempunyai keinginan dan tetap aka nada sasaran yang lebih realistic. Jika anda memulakan dagangan dengan RM3000, anda sasarkan 5% keuntungan yang ingin dicapai, anda akan hasilkan RM150 setiap bulan. Lebih menarik bukan.

Oleh itu, soalan berapakah modal untuk memulakan dagangan adalah subjektif. Soalan yang lebih penting ialah, adakah anda serius dalam bidang ini?.

Yes Back view of stock trader with raised hands looking at multiple computer screens with data and charts and feeling happy while sitting in modern office

Jika anda serius, cari ilmu dan kumpul pengalaman, mulakan modal dagangan yang munasabah dengan kemampuan dan sasaran anda!. Duit anda, pilihan anda.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

PM Belanda,Mark Rutte seru warga barat terima hakikat akan jatuh miskin akibat hyperinflasi

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte pada hari Rabu berkata terdapat "had untuk apa yang kerajaan boleh lakukan" untuk membantu orang ramai di tengah-tengah keadaan...

Bekalan ayam di Singapura mula terjejas selepas keputusan larangan eksport ayam dikuatkuasakan di Malaysia

Menurut agensi berita Singapura,MEDIACORP sesetengah gerai dan premis perniagaan beraskan ayam mungkin 'tutup kedai buat sementara waktu' ekoran larangan eksport ayam oleh Malaysia.Harga ayam...

Genting Malaysia rugi RM126.53 juta suku pertama tahun ini

Kerugian bersih Genting Malaysia Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berkurangan kepada RM126.53 juta berbanding RM483.59 juta setahun lalu.Pendapatan diraih melonjak hampir...

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here