25.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

PENINGKATAN DALAM PULANGAN BON AS MEMBERI IMPAK NEGATIF KEPADA SAHAM GLOBAL

Date:

Share:

Kebimbangan mengenai peningkatan pulangan perbendaharaan Amerika Syarikat telah menakutkan para pelabur, seterusnya menyebabkan saham global terjejas pada hari Khamis. Para pelabur kini menantikan reaksi Presiden Federal Reserve (Fed) Jerome Powell, adakah beliau akan cuba menyelesaikan kebimbangan mengenai risiko peningkatan mendadak dalam kos pinjaman jangka panjang ataupun tidak.

Peningkatan pulangan bon itu turut memberi impak negatif kepada aset “safe-haven” sepert yen, swiss franc dan juga emas.

Pulangan penanda aras bon 10 tahun AS telah melonjak kepada 1.477% dengan pelabur meramalkan bahawa inflasi AS akan meningkat apabila pemulihan ekonomi semakin pantas, dipacu oleh rangsangan oleh kerajaan dan kemajuan dalam program vaksinasi.

Menurut Hirokazu Kabeya, ketua strategi global di Daiwa Securities., peningkatan dalam pulangan bon meningkat lebih pantas daripada jangkaan orang ramai dan terdapat khabar angin bahawa pihak berkuasa mungkin akan mengetatkan dasar mereka.

Saham MSCI ex-Japan Asian-Pacific jatuh 1.7% pada sesi awal dagangan Khamis manakala Nikkei Jepun menyusut 1.9%.

Niaga hadapan E-mini S&P mencatatkan kejatuhan 0.4% manakala Nasdaq turut menyusut 0.6% kepada paras rendah dua bulan.

Powell dijadualkan berucap pada jam 1.05am GMT +8 (awal pagi esok). Kebanyakan pegawai Fed meremehkan peningkatan pulangan perbendaharaan belakangan ini, namun Gabenor Fed Lael Brainard pada hari Selasa mengakui kebimbangan peningkatan mendadak dalam pulangan bon boleh menjejaskan aktiviti ekonomi.

Bagi pelabur matawang, mereka terus membeli Dolar AS (USD) atas jangkaan bahawa ekonomi AS akan mencatatkan prestasi lebih baik berbanding negara maju lain dalam bulan mendatang.

Berbanding yen, USD telah mengukuh ke 107.16 yen, paras tertinggi dalam tempoh 7 bulan.

Emas pula mencatatkan bacaan terendah dalam tempoh sembilan bulan pada harga $1,702.8 per auns pada hari Rabu; kini berada di sekitar $1,714.00.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...

Mahkamah dedahkan Do Kwon bubarkan Terraform Lab Korea beberapa hari sebelum kejatuhan Terra LUNA UST

Rekod rasmi menunjukkan Do Kwon membubarkan Terraform Labs Korea, menutup ibu pejabat dan cawangan tunggalnya hanya beberapa hari sebelum kejatuhan terra crypto (LUNA) dan...

Seluruh dunia bakal berdepan dengan kebuluran & peningkatan kadar kemiskinan secara drastik – PBB

KETUA Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 180 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 180.Dapatkan naskah MFM edisi ke 180 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here