26.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

Republik Afrika Tengah Menjadi Negara Kedua Terima Bitcoin Sebagai Mata Wang Rasmi

Date:

Share:

Selain El Salvador yang mengadaptasi Bitcoin sebagai mata wang rasmi negara mereka, kini Republik Afrika Tengah pula mahu mengikuti langkah drastik tersebut. Walaupun masih banyak negara yang skeptikal dengan pendekatan tersebut, terdapat kebaikan yang boleh dimanfaatkan oleh negara yang menerimanya.

Menurut Menteri Kewangan Republik Afrika Tengah, beliau berpendapat dengan mengadaptasi teknologi baharu ini dapat membuang tanggapan akan negara tersebut sentiasa ketinggalan dan kini melangkah setapak kehadapan berbanding negara lain.

Untuk makluman, Republik Afrika Tengah merupakan antara negara paling miskin dunia serta tidak mempunyai sedikit sumber semula jadi. Dengan hanya bergantung pada perlombongan semata-mata, negara ini mengalami kesukaran untuk memangkin pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih baik.

Sehubungan itu, penggunaan Bitcoin diharap meningkatkan tahap ekonomi negara yang mempunyai pendapatan per kapita hanya RM145 sebulan. Namun, dengan ketidak stabilan nilai Bitcoin membuatkan ia sukar untuk diterima sebagai pengganti mata wang fiat di peringkat global pada ketika ini.

Sebelum ini juga, Rusia sudah bercadang untuk menerima pembelian minyak dan gas menggunakan Bitcoin.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

PM Belanda,Mark Rutte seru warga barat terima hakikat akan jatuh miskin akibat hyperinflasi

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte pada hari Rabu berkata terdapat "had untuk apa yang kerajaan boleh lakukan" untuk membantu orang ramai di tengah-tengah keadaan...

Bekalan ayam di Singapura mula terjejas selepas keputusan larangan eksport ayam dikuatkuasakan di Malaysia

Menurut agensi berita Singapura,MEDIACORP sesetengah gerai dan premis perniagaan beraskan ayam mungkin 'tutup kedai buat sementara waktu' ekoran larangan eksport ayam oleh Malaysia.Harga ayam...

Genting Malaysia rugi RM126.53 juta suku pertama tahun ini

Kerugian bersih Genting Malaysia Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berkurangan kepada RM126.53 juta berbanding RM483.59 juta setahun lalu.Pendapatan diraih melonjak hampir...

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here