33.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

SAHAM GAMESTOP, APABILA TRADER KECIL BERSATU MELAWAN JERUNG PASARAN

Date:

Share:

Tahun 2021 bermula dengan kisah “fantasi”, yang mungkin dibayangkan hanya boleh berlaku di dalam filem sahaja, tetapi berlaku di dunia realiti. Kisah di mana kuasa media sosial yang Berjaya mempengaruhi trader kecil untuk bersatu melawan jerung pasaran!.

Saham GameStop, sebuah syarikat kecil permainan video di Amerika Syarikat yang menggemparkan dunia apabila melonjak tinggi, sehingga boleh dikatakan tidak “masuk akal” apabila meningkat lebih daripada 1,700% dalam masa yang singkat. Apa yang berlaku?.

Pada awal Januari, sekitar 1 hingga 13 Januari 2021, harga saham GameStop berada pada paras sekitar $17.00 ke $19.00 untuk satu unit saham, melonjak secara tiba-tiba mencecah ke paras $490.00 seunit saham dalam masa kurang sebulan.

Saham GameStop dianggap berada pada paras yang rendah, menyebabkan cubaan kumpulan hedge funds serta pemain saham utama memulakan apa yang dinamakan short selling. Tujuan short sell dilakukan bagi mengaut keuntungan sementara sebelum kembali buy saham tersebut di paras yang lebih rendah. Short sell adalah salah satu cara hedge funds memanipulasi pasaran dan mengaut keuntungan lebih, yang sentiasa memangsakan trader-trader kecil.

Tetapi, bagi tahun 2021, kisah jerung memanipulasi pasaran untuk memakan trader kecil nampaknya gagal. Sekumpulan trader kecil yang memakai nama WallStreetBets nekad untuk mengubah situasi ini, menggunapakai platform sosial media yang ada seperti Reddit, membuat kempen membeli saham GameStop untuk memaksa harga saham naik.

Selama ini, strategi sebegini yang bermain di fikiran trader kecil hanyalah bersifat khayalan semata-mata, kerana tidak cukup dari segi modal pasaran untuk melawan trader peringkat institusi yang bermodalkan jutaan malah mungkin billion dollar di luar sana. Tetapi, kempen beli saham GameStop 2021 ini berbeza. Kempen ini diterima ramai, dan menyebabkan volume pasaran berubah.

Volume buy olah trader kecil melebihi volume sell oleh trader besar menyebabkan posisi short sell oleh pengurus hedge fund memakan diri. Di pasaran saham, untuk membuat short sell, pengurus hedge funds perlu meminjam sementara saham yang dimiliki dalam pasaran untuk dijual dalam masa yang singkat dan kembali membuat belian apabila harga berada pada paras rendah, dengan dikenakan minima kos.

Trader besar terutama pengurus hedge fund mengalami kerugian berbillion dollar apabila saham yang dijual meningkat mendadak menyebabkan pembelian panik terpaksa dilakukan untukmengawal kerugian tersebut. Pembelian oleh pengurus hedge fund menambah lagi  volume buy dalam pasaran menyebabkan peningkatan mendadak saham GameStop.

KESIMPULAN

Situasi ini tidak pernah berlaku dalam pasaran kewangan era moden, di mana trader kecil bersatu dan mengawal hala tuju pasaran. Peristiwa ini pastinya menjadi sejarah, dan tidak mustahil akan berulang kembali di masa hadapan. Siapa yang berjaya memanipulasi pasaran, merekalah yang akan berjaya mengaut keuntungan besar.

Pernah tonton filem Money Monster yang terbit pada tahun 2016?. Mungkin kisah GameStop ini diinspirasikan oleh filem ini, kisah di mana gunakan media mempengaruhi trader untuk beli saham yang spesifik untuk mencipta volume pasaran di luar jangka. 

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Harga ayam kembali turun di beberapa tempat

Bermulanya tarikh penguatkuasaan harga siling ayam kepada RM9.40 sekilo berbanding harga siling lama RM8.90 sekilo hari ini,1 Julai 2022,peniaga di beberapa negeri dan daerah...

PM Thai harap kebanjiran pelancong dari Malaysia bantu memulihkan kejatuhan matawang Baht

Baht Thailand yang lemah adalah baik untuk eksport manakala kedudukan fiskal dan kewangan kekal kukuh, kata Perdana Menteri Thai.Kelemahan Baht, bagaimanapun, memberi kesan negatif...

Jokowi tiba di Moscow bertemu Putin bagi merayu Rusia memberi laluan eksport gandum yang selamat

Presiden Indonesia Joko Widodo bersama rombongannya tiba di Moscow bagi merayu Vladmir Putin,Presiden Rusia memberi jaminan untuk laluan perdagangan eksport gandum yang selamat dalam...

JPA tubuh jawatankuasa kaji sistem kerja 4 hari seminggu

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan pasukan mengkaji sistem bekerja empat hari seminggu di negara ini.Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, berkata kajian...

Harga siling ayam RM9.40 sekilo mulai 1 Julai-Ronald Kiandee

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here