26.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

SEKILAS BERITA GLOBAL SESI EROPAH 23 FEBRUARI

Date:

Share:

1) RUU Pakej Rangsangan Ekonomi Amerika Syarikat akan diundi di Dewan Perwakilan AS selepas mendapat kelulusan jawatankuasa belanjawan.

2) Brian Deese, Ketua Ekonomi Presiden AS, melihat pekerjaan sebagai risiko yang lebih mendesak berbanding inflasi.

3) Calon jawatan No.2 Perbendaharaan AS, Wally Adeyemo, berjanji untuk memerangi amalan ekonomi berat sebelah oleh China.

4) Menteri Kewangan United Kingdom Rishi Sunak berkemungkinan akan melanjutkan bantuan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti ketiadaan sementara sehingga Mei.

5) Penggubal dasar Bank of England (BoE) Gertjan Vlieghe meragui bahawa beliau akan melihat kadar faedah ke paras 5%.

6) Bandar-bandar mega terus meningkatkan harga rumah di China; satu cabaran kepada penggubal dasar dalam mengawal risiko kewangan.

7) Harga minyak meningkat dengan jumlah dagangan yang tinggi menguatkan tinjauan ekonomi; Brent mencecah $66 setong.

8) Pasaran ekuiti AS meningkat dengan Presiden Federal Reserve (Fed) Jerome Powell akan memberi testimoni di hadapan Senat hari ini.

9) Susulan kerugian yang dialami Bitcoin pada hari Isnin, Elon Musk — pengasas Tesla Inc. — kembali menduduki tangga ke-2 individu terkaya di dunia.

10) Facebook akan memulihkan halaman berita di Australia selepas kerajaan menawarkan perubahan pada undang-undang yang akan gergasi teknologi membayar untuk mendapatkan berita.

11) Pesaing Tesla Inc. — Lucid Motors — mahu menjadi syarikat awam selepas bergabung dengan Churchill Capital IV Corp dalam satu perjanjian yang memberi nilai syarikat gabungan itu sebanyak $11.75 billion.

12) Saham Asia mengukuh, dipacu oleh peningkatan harga komoditi.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

PM Thai harap kebanjiran pelancong dari Malaysia bantu memulihkan kejatuhan matawang Baht

Baht Thailand yang lemah adalah baik untuk eksport manakala kedudukan fiskal dan kewangan kekal kukuh, kata Perdana Menteri Thai.Kelemahan Baht, bagaimanapun, memberi kesan negatif...

Jokowi tiba di Moscow bertemu Putin bagi merayu Rusia memberi laluan eksport gandum yang selamat

Presiden Indonesia Joko Widodo bersama rombongannya tiba di Moscow bagi merayu Vladmir Putin,Presiden Rusia memberi jaminan untuk laluan perdagangan eksport gandum yang selamat dalam...

JPA tubuh jawatankuasa kaji sistem kerja 4 hari seminggu

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan pasukan mengkaji sistem bekerja empat hari seminggu di negara ini.Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, berkata kajian...

Harga siling ayam RM9.40 sekilo mulai 1 Julai-Ronald Kiandee

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40...

Analisa Teknikal GbpJpy 29 Jun 2022

GbpJpy di TimeFrame Daily ( D1 ).• Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend.• Ketika ini harga masih gagal untuk break dan close...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here