26.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

PASARAN, SEMINGGU SEBELUM MENJELANG TAHUN 2021

Date:

Share:

Pasaran kewangan global memasuki minggu terakhir bagi tahun 2020. Minggu lalu, perayaan Hari Krismas disambut oleh penganut agama Kristian, dan beberapa hari lagi kita akan menyambut hari sambutan tahun baru 2021.

Minggu cuti yang panjang bagi pasaran kewangan di mana para pelabur dan pedagang majoriti mengambil keputusan untuk bercuti dan mungkin menyebabkan kecairan pasaran akan turut menurun pada minggu ini. Dari sudut aktiviti ekonomi, tidak banyak data ekonomi penting yang akan terbit pada minggu ini.

Antara berita yang mencuri tumpuan setakat ini adalah berita di mana akhirnya Donald Trump mengambil keputusan menandatangi pakej ransangan ekonomi bernilai $2.3 trillion Dollar ke dalam pasaran bertujuan untuk membantu memuluhkan ekonomi yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang amsih berlarutan sehingga ke hari ini.

D.Trump yang akan tamat perkhidmatannya sebagai Presiden United States pada 20 Januari hadapan berbuat demikian lewat malam tadi selepas beberapa pertelingkahan yang muncul di antara beliau dan pihak kongres berhubung beberapa perkara di dalam pakej ransangan tersebut menyebabkan penangguhan pakej ransangan tersebut.

Perkara ini pastinya memberi kelegaan kepada ekonomi Amerika Syarikat dan menjadi topik hangat di kalangan penganalisa ekonomi serta pelabur yang pastinya melihat potensi yang bakal muncul selepas pakej ransangan ini mula menjana ekonomi United States.

Situasi di eropah pula masih dibayangi oleh situasi rundingan Brexit oleh pihak Kesatuan Eropah dan negara United Kingdom yang memasuki fasa kritikal pada ketika ini. Minggu lalu, United Kingdom telah bersetuju dan menandatangai perjanjian terbaharu BREXIT, 7 hari sebelum negara UK akan keluar daripada antara blok ekonomi terbesar dunia secara rasmi.

Reaksi pasaran terhadap 2 peristiwa besar antara yang mencuri tumpuan adalah lonjakan saham-saham utama di Eropah pada hari ini. Indeks pasaran eropah melonjak sebanyak 0.5%, dengan saham daripada syarikat pembuat kereta serta syarikat berasaskan tenaga melonjak pada minggu ini.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

PM Belanda,Mark Rutte seru warga barat terima hakikat akan jatuh miskin akibat hyperinflasi

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte pada hari Rabu berkata terdapat "had untuk apa yang kerajaan boleh lakukan" untuk membantu orang ramai di tengah-tengah keadaan...

Bekalan ayam di Singapura mula terjejas selepas keputusan larangan eksport ayam dikuatkuasakan di Malaysia

Menurut agensi berita Singapura,MEDIACORP sesetengah gerai dan premis perniagaan beraskan ayam mungkin 'tutup kedai buat sementara waktu' ekoran larangan eksport ayam oleh Malaysia.Harga ayam...

Genting Malaysia rugi RM126.53 juta suku pertama tahun ini

Kerugian bersih Genting Malaysia Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berkurangan kepada RM126.53 juta berbanding RM483.59 juta setahun lalu.Pendapatan diraih melonjak hampir...

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here