26.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

SPRM beku akaun syarikat pengeluar pakaian dalam wanita,Caely Holdings Bhd

Date:

Share:

 Pengeluar pakaian dalam wanita, Caely Holdings Bhd mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan perintah pembekuan terhadap semua akaun bank bagi operasi syarikat itu dan anak-anak syarikatnya.

Dalam jawapannya kepada pertanyaan daripada Bursa Malaysia hari ini, Caely menjelaskan bahawa perintah pembekuan itu tidak pernah dikenakan terus kepadanya, namun ia menerima notis daripada salah satu bank, iaitu CIMB Bank, pada 13 April lalu bahawa akaun syarikat telah dibekukan.

“Caely tidak mempunyai sebarang pengetahuan memandangkan perintah pembekuan itu tidak dikenakan kepada syarikat. Namun, semua akaun syarikat dan anak-anak syarikat dengan bank-bank telah dibekukan,” katanya dalam makluman di Bursa Malaysia.

Caely menambah, ia tidak mengetahui tempoh masa perintah pembekuan itu.

Syarikat itu ketika ini berdepan potensi tindakan undang-undang dan tuntutan di atas pelanggaran kontrak untuk membuat pembayaran dan memenuhi komitmennya.

Ia sedang mendapatkan nasihat perundangan mengenai tindakan yang boleh diambil.

Isnin lalu, Caely mengumumkan bahawa pihak berkuasa telah mengeluarkan perintah pembekuan untuk membekukan operasi semua akaun bank Caely Group of Companies.

Ia menjangkakan kesan ke atas aspek kewangan dan operasi kumpulan susulan perintah pembekuan itu.

Namun, pihak lembaga syarikat itu tidak dapat memastikan kesan kewangan dan operasi penuh pada ketika ini.

“Lembaga Pengarah tidak mengetahui sebarang salah laku dan akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak berkuasa mengenai isu berkenaan.

“Syarikat akan membuat pengumuman yang perlu kepada Bursa Malaysia apabila terdapat perkembangan lanjut mengenai perkara itu,” katanya.

Caely bermula dengan perniagaan jualan langsung pakaian dalam wanita secara berskala kecil.

Syarikat itu kemudiannya berkembang sehingga disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan mempunyai kilang dan bangunan sendiri terletak di Teluk Intan, Perak.

Destinasi eksport utama Caely untuk produk pakaian dalam di bawah pengeluar barangan tulen (OEM) ketika ini ialah Jerman, Amerika Syarikat dan Kanada, namun, baru-baru ini pihaknya mula mendapat lebih banyak pertanyaan daripada syarikat di Turki, Perancis dan Australia.

Caely, yang ditubuhkan pada 1986 turut memperuntukkan RM5 juta sebagai modal kerja pada Oktober 2021 untuk mempelbagaikan produk termasuk pengeluaran pelitup muka fabrik.

Ia bercadang memindahkan pembuatan pakaian dalam ke Indonesia manakala kilang di Malaysia akan menumpukan pada pengeluaran pelitup muka dan pakaian lain.

Setakat jam 4 petang, saham Caely susut 5.81 peratus kepada 40 sen.- BH

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Ekonomi AS menyusut sebanyak 1.5% dalam tiga bulan pertama 2022

Ekonomi Amerika Syarikat menyusut dalam tiga bulan pertama tahun ini walaupun pengguna dan perniagaan terus berbelanja pada kadar yang kukuh, lapor kerajaan pada Khamis,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 181 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 181.Dapatkan naskah MFM edisi ke 181 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Copytrade CARETAKER di broker TIFIA akhirnya tamat

Copytrade CARETAKER yang telah menjalankan dagangan lebih 961 hari sejak 8/8/2019 dengan jumlah pelaburan melebihi 152,172 USD dari seluruh dunia akhirnya terpaksa ditamatkan ekoran...

Analisa Teknikal EurJpy 27 May 2022

EurJpy di TimeFrame H4.**Line Hitam mewakili SnR Daily****Line biru mewakili SnR H4**• Harga ketika ini secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sila rujuk...

Analisa Teknikal UsdJpy 27 May 2022

UsdJpy di TimeFrame H4.• Harga asal nya dalam kedudukan Uptrend.• Namun begitu, harga mula membuat penurunan, berkemungkinan untuk membuat pertukaran Trend daripada uptrend kepada...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here